Kamis, 19 Desember 2013

Browse » home» » » » » » Penagih Parah Langgar Kereta Polis

Penagih Parah Langgar Kereta Polis




KUANTAN – Seorang penagih dadah cedera parah selepas motosikalnya merempuh sebuah kereta peronda polis di Kilometer 36 Jalan Jerantut-Maran dekat Jerantut, petang kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.15 petang itu, mangsa berusia 31 tahun berasal dari Felda Mawar Jengka 10, Bandar Jengka. patah tulang paha dan betis kanan bagaimanapun semua anggota polis dalam kereta peronda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, anggota bersama kereta peronda itu dalam tugas Ops Tapis dari arah Felda Sungai Tekam Getah menghala ke sempadan Jengka 10 dekat Bandar Pusat Jengka.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi kejadian, mereka terserempak dengan mangsa yang menunggang sebuah motosikal dari arah bertentangan.

“Mangsa dipercayai panik selepas ternampak kereta peronda tersebut lalu memecut motosikalnya ke arah kenderaan polis itu dipercayai cuba melarikan diri.

“Anggota terlibat cuba menahan motosikal itu namun terpaksa mengelak selepas mangsa terus meluru ke arah mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, anggota polis cuba mengelak ke kiri bahu jalan namun motosikal terbabit terus memecut dan terlanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta peronda polis.

“Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk menerima rawatan lanjut.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati mendapati lelaki itu menunggang di bawah pengaruh dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Zainalabidin berkata, kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Sinar Harian Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar