Tampilkan postingan dengan label bergelar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bergelar. Tampilkan semua postingan
Minggu, 22 Desember 2013
Fahrin Ahmad Kini Bergelar Penyanyi
Fahrin Ahmad Kini Bergelar Penyanyi - Pelakon berbadan sasa, Fahrin Ahmad melebarkan profile kariernya sebagai penyanyi pula apabila single pertamanya, Siapa Ingin Membawa dijadikan sebagai lagu runut bunyi untuk drama terbaru lakonannya yang berjudul Rindu Bertamu di Abu Dhabi.
Melalui Kosmo, Fahrin menjelaskan dia bukan sengaja untuk menjadi penyanyi kerana semua yang berlaku adalah tidak dirancang.
“Semuanya bermula dengan gurauan apabila saya kata boleh cuba untuk menyanyi tetapi kena buat betul-betul dan lagu harus sesuai dengan tahap vokal saya.
“Penerbit drama ini terus minta lagu dan suruh saya menyanyi lagu ini. Semuanya berjalan dengan pantas kerana proses rakaman mengambil masa selama tiga hari sahaja,” katanya.
Lagu tersebut merupakan ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. – MyNewsHub
Rabu, 18 Desember 2013
Irma Hasmie Bakal Bergelar Ibu 29 Mac Ini
Lama sudah kita tak mendengar khabar terbaru mengenai pelakon yang kini sedang sarat mengandung anak sulungnya, Irma Hasmie.Irma dikhabarkan bakal bersalin pada 29 Mac ini dan bakal menimang anak lelaki sebagai permata sulungnya dengan suami, Redza Syah Azmeer.Sejak dirinya mengetahui mengandung anak lelaki, Irma mengakui dirinya memang sangat kuat makan.Irma dan Redza telah mendirikan rumahtangga pada 29 Jun tahun lalu selepas tiga bulan bertunang. Mudah-mudahan proses bersalin nanti berjalan lancar dan semoga Irma dan anaknya sihat dan selamat sentiasa.
sumber
Langganan:
Postingan (Atom)