Tampilkan postingan dengan label bogel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bogel. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 28 Desember 2013

Bukan Bogel Atau Pakai Bra Pun! – Erin Malik

Bukan Bogel Atau Pakai Bra Pun! - Erin Malik

KUALA LUMPUR – Pelakon muda yang mencetuskan kontroversi lagi selepas memuat naik gambar ‘daringnya’ sebelum tidur ke profil Instagram baru-baru ini tidak mengerti kenapa dirinya dihentam teruk oleh orang ramai.
Nur’Arina Abdul Malek, 18, atau lebih dikenali sebagai Erin Malik jujur merasakan tidak adil apabila dirinya dihukum dengan kesilapan yang kecil sahaja.
Dua tahun yang lalu Erin pernah mencetuskan kontroversi kerana menindik lidahnya walaupun dia masih lagi bersekolah ketika itu.
Akibat dari tindakannya itu, dirinya dikecam teruk kerana berperangai seperti gadis yang liar.
“Erin tak fahamlah. Kenapa artis-artis lain tak ada masalah. Erin rasa ini tak adil untuk diri sendiri.
“Apa je yang Erin buat mesti orang akan cakap. Macam sebelum ini isu bertindik lidah. Isu tu sebenarnya dah 2 tahun berlalu, tapi sekarang ini masih lagi ada orang ungkit dan tanya benda yang sama. Kenapa agaknya ya?” kata Erin yang dipetik dari blog OhBUlan!.
Mengenai gambarnya yang dikatakan berunsur lucah dan menghairahkan, Erin menafikan gambar itu ditujukan buat kekasihnya seorang sahaja.
Hakikatnya, Erin menjelaskan dia memuat naik gambar itu untuk tontonan pengikutnya di profil laman sesawang itu.
Malah, Erin menegaskan isu itu tidaklah sebesar kontroversi teruk yang seperti dilakukan artis-artis tempatan lain.
“Gambar ini jadi isu sebab Erin ada letak nama Walid Wahid. Lagipun Erin takda pun cakap gambar tu untuk dia sorang. Erin cakapkan ‘Good night utk saya & Good morning utk semua.’ Erin saja letak nama Walid sebab masa tu Erin baru lepas cakap telefon dengan dia.
“Saya tidak faham kenapa isu ini seperti sengaja dibesar-besarkan sedangkan ramai lagi artis yang bergambar lebih teruk dan saya rasa ‘its not fair’.
“Bagi saya benda ini ‘its nothing’, bukannya dalam gambar itu saya pakai bra ataupun gambar bogel pun,” kata Erin menerusi blog zubir5588.
Namun, selepas isu gambarnya itu tersebar meluas, Erin mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang gambarnya selepas ini.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Salah ke Orang Mintak Gambar Bogel Ika Nabila


Baru-baru ini, pelakon yang semakin dikenali, Ika Nabila telah bercuti di Thailand dan pelakon genit itu sempat berkongsi gambar-gambar ‘superbnya’ ketika berada di sana menerusi akaun Instagramnya.

Kemudian…dia juga memuat naik status di akuannya itu dengan gaya bahasa yang jelas memperlihatkan dia marah kepada sesorang yang mungkin telah meminta dia paparkan gambar bogelnya.


Kononnya dia tak senang dengan permintaan seperti itu…

(BACA Tak Payah Biadap Nak GAMBAR BOGEL Aku, Kata Pelakon Ika Nabila)

Persoalannya…kalau dilihat pada gambar-gambar Ika yang muncul, apa yang dia nak harapkan daripada para peminatnya?



Dan tentu yang gila seks akan meminta lagi….macam bila konsert tamat tetapi penonton tak puas lagi…mereka akan menjerit “we want more…we want more”…dengan harapan band yang ada akan menyambung beberapa lagu lagi.

Beginilah… ia umpama sudah diberi betis hendak peha…kita ubah sikit la yea…sudah diberi lihat peha…nak lihat toot pula…pasal hati tak puas.

Rasanya tidak ada sesiapa yang akan minta melihat gambar bogel Wardina atau Irma Hasmie pasal penampilan mereka memang mengikut hukum dan menutup aurat.

Jadi kepada artis yang memilih untuk seksi…tak perlu la sentap kalau peminat anda meluahkan we want more ok…tak nak bagi ok…tapi tak perlu sentap… pasal permintaan peminat itu adalah sinonim dengan penampilan yang diberikan selama ini.

OLEH: AK-47
Read More..

Senin, 23 Desember 2013

Askar Israel Ambil Gambar Bogel Disiasat

Askar Israel


BAITULMUQADDIS – Seorang askar Israel dikecam kerana mengambil gambar bogelnya sendiri lalu dimuat naik ke laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
Jurucakap tentera, Kapten Eytan Buchman berkata, tindakan itu sesuatu tidak bermoral dan memalukan keseluruhan pasukan tentera.
“Kami akan melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti siapa lagi anggota terbabit dalam insiden itu,” katanya
Laman web pro-Palestin melaporkan, askar berkenaan turut menulis kenyataan menghina negara Arab dan mengaku menyertai pasukan tentera hanya untuk menewaskan pengganas.
“Ramai kalangan tentera Israel melakukan pencabulan dan penghinaan terhadap Islam di dalam laman web sosial,” katanya.
Menurut laporan itu lagi, tindakan ini semakan berleluasa dan boleh membangkitkan kemarahan seluruh penduduk Islam di peringkat antarabangsa. – AP
Read More..