Tampilkan postingan dengan label bantuan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bantuan. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Februari 2014

Deepak harap bantuan k’jaan baru jika AG gagal beri imuniti

(Oleh Ruqayya Rahman)
PUTRAJAYA 13 FEB: Usahawan permaidani, Deepak Jaikishan berharap permohonannya untuk mendapat perlindungan sebagai saksi dari Peguam Negara (AG), diterima kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), jika ditolak Tan Sri Abdul Gani Patail dalam sebulan.
Deepak menyerahkan permohonan tersebut hari ini di pejabat AG, di sini.
AG2 
Beliau ditemani Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Peguam PAS, Asmuni Awi.
Permohonan itu untuk membolehkan Deepak mendedahkan segala maklumat diketahui beliau berkaitan akuan bersumpah kedua oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Deepak, segala dokumen dan bukti hanya akan diserah kepada Peguam Negara selepas beliau diberikan sijil imuniti oleh kerajaan Malaysia, merangkumi semua undang-undang negara.
“Kita bagi tempoh sebulan kepada Jabatan Peguam Negara untuk respon. Jika tiada sebarang respon, saya harap waktu itu sudah berlaku pertukaran kerajaan baru…Biar mereka pula yang bertindak,” kata Deepak pada sidang media selepas penyerahan surat tersebut.

Surat itu hanya dapat diserahkan kepada pegawai Abdul Gani memandangkan beliau sedang bermesyuarat.
Berharap PRU 13 akan bertukar kerajaan baru, Deepak hari ini turut menyerahkan salinan surat terbuka beliau kepada Tun Dr Mahathir Mohamad meminta mantan Perdana Menteri itu mencadangkan supaya Najib meletakkan jawatan dan menjalankan pilihan raya dalam masa 60 hari.

“Jika sistem perundangan negara tidak mampu berlaku adil, perubahan kerajaan adalah jalan seterusnya,” kata Deepak yang dipercayai kerajaan baru dimaksudkannya adalah Pakatan Rakyat.
Beliau juga sedia bekerjasama dengan mana-mana agensi penguatkuasaan untuk memberi maklumat lanjut berikutan penglibatan Perdana Menteri dalam kes itu.

Dalam surat tersebut, Deepak berkata, beliau langsung tidak terlibat di dalam perbuatan kedua-dua SD yang bertarikh 1 Julai 2008 dan 3 Julai 2008.
Kata Deepak, penglibatannya hanya bermula selepas SD1 muncul apabila beliau dihubungi Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, bagi membantu membersihkan nama Perdana Menteri apabila Datuk Seri Najib Razak dilibatkan secara langsung dalam SD1.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak kenal rapat dengan Bala.
Deepak sebelum ini mendakwa, beliau terlibat dalam pembikinan SD 2 selepas diminta oleh rakan rapatnya, Rosmah.
Beliau diminta oleh Rosmah yang dianggap sebagai ‘kakak’ itu berbuat demikian selepas PI Bala membuat sidang media mendedahkan pengakuan bersumpahnya yang pertama.
Dalam akuan itu, Bala mendakwa Najib terlibat dalam kematian Altantuya yang dibunuh secara kejam di hutan simpan dekat Puncak Alam pada 2006.

Melalui SD 2 yang dibuatnya, Bala menarik balik segala pengakuan beliau dalam SD 1.
Deepak berkata, beliau membawa Bala menemui adik Najib, Nazim Razak di sebuah pusat membeli belah di Mutiara Damansara.

Dalam pertemuan itu, Deepak berkata, pelbagai janji dibuat oleh Nazim bagi pihak Najib kepada Bala.
Ekoran itu, Bala membuat SD 2 yang bercanggah sama sekali dengan SD 1.
Deepak memohon Peguam Negara memberi perlindungan kepadanya sebagai saksi dalam kes ini berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberikan kuasa kepada AG untuk membuat pendakwaan.
“Kita datang bagi sokongan moral kepada Deepak, bukan atas kapasiti politik tapi sebagai rakyat yang sama-sama mahu lihat kebenaran,” kata Mahfuz.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
Read More..

Selasa, 11 Februari 2014

Punca Jerebu Kebakaran Hutan Kian Parah Indonesia Alu Alukan Bantuan Malaysia Dan Singapura

Menteri Kehutanan Indonesia akhirnya mengalu-alukan mana-mana pihak dari Malaysia atau Singapura yang  berhasrat untuk membantu mereka memadamkan kebakaran hutan di Riau. Ini membatalkan ungkapan seorang pegawai kerajaan Indonesia sebelum ini yang menyelar campurtangan Singapura dalam soal bantuan memadamkan kebakaran yang terjadi di Riau.

Sehingga semalam, bilangan titik panas telah meningkat dengan melampau dari 192 kelmarin kepada 1403 semalam. Singapura dan Muar mencatat IPU berbahaya hari ini dengan masing-masing 371 dan 383.


Kamis, 20/06/2013 16:51
WIB Menhut: Silakan Singapura Bantu Padamkan Api di Riau
Mega Putra Ratya - detikNews
Jakarta - Kebakaran lahan di Riau mengakibatkan asap tebal hingga ke negara tetangga, Singapura dan Malaysia. Menteri Kehutanan Zulkifli Hasan mempersilakan negara tetangga jika ingin membantu memadamkan api di lahan gambut tersebut.

"Kita juga terbuka kalau Malaysia dan Singapura ingin ikut memadamkan lahan gambut, ya silakan," ujar Zulkifli Hasan di Istana Negara, Jl Medan Merdeka Utara, Jakarta Pusat, Kamis (20/6/2013).

Terkait dengan protes dari Singapura akibat kabut asap yang menyelimuti negara singa tersebut, Zulkifli menilai hal itu wajar. Diharapkan protes itu dilakukan dengan cara yang tepat.

"Negara tetangga kita Singapura protes, karena banyak asap yang ganggu di sana yang dikatakan di ambang batas. Protes mereka itu wajar, kita juga akan lakukan hal yang sama, tetapi sebagai negara sahabat, protes itu sampaikanlah dengan cara-cara yang tepat dan pas," jelasnya.

Saat ini terdapat lebih dari 100 titik api di Riau yang menyebabkan asap tebal meluas ke Singapura dan Malaysia. 80 Persennya terdapat di areal perkebunan yang kebanyakan merupakan lahan gambut. Titik api itu disinyalir timbul karena dilakukan secara sengaja untuk membuka lahan. Jika ini benar, Zulkifli meminta pelakunya ditindak tegas.

"Tadi kami pagi rapat di Kemenko Kesra. Di situ ada 100-an lebih titik api, 80% itu di area pertanian dan perkebunan, di area hutan itu kira-kira 20% saja," ujar Zulkifli.

"Kalau ada yang disinyalir kebakaran akibat pembukaan lahan dengan cara membakar atau land clearing, kalau memang ada, kita minta aparat untuk tindak tegas," tambahnya.
Read More..