Tampilkan postingan dengan label ditemui. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ditemui. Tampilkan semua postingan
Jumat, 14 Februari 2014
Buruh Ditemui Mati Dekat Jejantas

JOHOR BAHRU – Seorang buruh ditemui mati dengan kesan kecederaan teruk di kepala berhampiran jejantas Pekan Senai, dekat Kulaijaya, semalam.
Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Sahabudin, 22, itu ditemui terbaring di tepi jalan besar oleh orang awam pada pukul 3.55 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Suptritenden Zulkefly Yahya berkata, terdapat kesan tetakan di jari dan lengan kanan, bahu serta kecederaan teruk di kepala lelaki itu yang bekerja di kilang besi buruk di Desa Idaman dekat Senai.
“Menurut siasatan awal, polis mengesyaki dua lelaki rakyat Indonesia berkemungkinan terlibat dengan kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Asisten Komisioner, Mohd Zaki Ashar di talian 07-6632222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Selasa, 04 Februari 2014
Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia Ditemui 4 Gambar
Subhanallah! Batu Berbentuk Ombak Laut Di Australia Ditemui (4 Gambar) | Inilah fenomena batu berbentuk ombak laut yang dipercayai berlaku di Australia. Memang menakjubkan jika anda dapat menyaksikannya di depan mata kerana bentuknya memang sukar didapati di tempat lain. Apatah lagi bentuknya benar-benarmirip seperti ombak yang sedang berada dalam ketinggian lebih dari 3 meter. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Wave Rock adalah sebahagian daripada 160 hektar rizab alam semula jadi, Hyden Wildlife Park.
“Wave Rock” kira-kira 14 m (47 kaki) tinggi dan di sekitar 110 m (350 kaki) panjang. Ia membentuk bahagian utara bukit , yang dikenali sebagai “Hyden Rock.”
Bukit ini, yang merupakan inselberg granit, terletak kira-kira 3 km timur bandar kecil Hyden dan 296 km timur-tenggara Perth, Australia Barat .
Melayukini
Langganan:
Postingan (Atom)