Tampilkan postingan dengan label jejantas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jejantas. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Februari 2014

Buruh Ditemui Mati Dekat Jejantas


JOHOR BAHRU – Seorang buruh ditemui mati dengan kesan kecederaan teruk di kepala berhampiran jejantas Pekan Senai, dekat Kulaijaya, semalam.

Mayat lelaki yang hanya dikenali sebagai Sahabudin, 22, itu ditemui terbaring di tepi jalan besar oleh orang awam pada pukul 3.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Suptritenden Zulkefly Yahya berkata, terdapat kesan tetakan di jari dan lengan kanan, bahu serta kecederaan teruk di kepala lelaki itu yang bekerja di kilang besi buruk di Desa Idaman dekat Senai.

“Menurut siasatan awal, polis mengesyaki dua lelaki rakyat Indonesia berkemungkinan terlibat dengan kes itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Asisten Komisioner, Mohd Zaki Ashar di talian 07-6632222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Read More..