Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jadi. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Maret 2014
Kalah Pertaruhan Jutawan Richard Branson Jadi Pramugari Air Asia!
Hartawan penerbangan Sir Richard Branson mendarat di Kuala Lumpur tengah hari ini dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.
Beliau berlepas dari Perth pagi Ahad dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.
The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.
Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu apabila kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa menaiki belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa
“Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang,” kata Branson sepertimana dipetik oleh AAP.
“Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya.”
Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal.
“Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah – AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan,” katanya.
Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit. – BERNAMA
Sabtu, 21 Desember 2013
‘Kolam ajaib’ telan pokok kelapa Lubang akibat mendapan ramai anggap air jadi penawar
OSMAN menggunakan batang besi bagi mengukur kedalaman kolam air yang terdapat di kawasan kebunnya di Kangar semalam.
KANGAR - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati sebuah kolam air ajaib sebesar 7.5 meter terbentuk dipercayai akibat mendapan tanah di belakang rumahnya di Kampung Behor Janggus di sini baru-baru ini.
Pemilik tanah di kawasan itu, Osman Abu Bakar, 70, (gambar) berkata, kolam tersebut dipercayai terbentuk dalam pada malam Ahad lalu dan telah menelan beberapa tanaman di kebunnya termasuk tiga pokok kelapa yang setinggi lebih 5.5 meter di kawasan yang sama.
"Sejak berita mengenai pembentukan kolam ini, ia mula tersebar dan orang ramai mula berkerumun untuk mengambil air dari kolam itu yang disangka mempunyai kuasa ajaib.
"Oleh itu, bagi mengelak kemalangan atau khurafat saya terpaksa menutup dengan memasang pita penghadang di sekeliling kolam berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Osman, kolam ajaib tersebut yang menakung air kini menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar Perlis yang bertandang untuk mengambil air dari kolam itu kononnya bagi dijadikan penawar.
Menceritakan bagaimana kolam ajaib tersebut terbentuk, menurut Osman, ia hanya disedari pada pagi Isnin tersebut ketika dia melihat tanaman kebunnya yang tiba-tiba lapang berbanding sebelum ini dipenuhi pokok.
Senin, 18 November 2013
Cara Membuat Popular Posts Jadi Warna Warni di Blog
![]() |
| Cara Membuat Popular Posts Jadi Warna Warni |
Posting ady kali ini membahas tentang widget blog. Yaitu Cara Membuat Popular Posts Jadi Warna Warni di Blog. Sedikit rincian widget ini, widget popular posts adalah widget yang sudah disediakn oleh pihak blogger. Cara mendapatkan widget ini dengan menuju ke tata letak dan klik tambahkan gadget lalu muncul jendela baru dan klik popular posts. Tapi sungguh di sayangkan widget ini mempunyai tampilan yang monoton. Nah, untuk itu ady ingin memberikan sedikit tips untuk mempercantik tampilan widget tersebut.
Berikut tutorialnya:
Berikut tutorialnya:
- Menuju Tata Letak dan Tambahkan Gadget dan pilih HTML/Java Script
- Nama cukup dikosongkan saja lalu copy kode ini dikolom yang sudah disediakan. Klik Select All dan CTRL+C.
3. Klik Simpan.
Untuk mengkonfigurasi alias menambahkan gambar tinggal klik edit pada gadget Popular Posts dan centang thumbnail gambar dan setting juga cuplikannya berapa artikel yang ingin di tampilkan. Mungkin sekian tutorial Cara Membuat Popular Posts Jadi Warna Warni di Blog.
Selamat Mencoba, Good Luck !!!
Langganan:
Postingan (Atom)
